Kunjungan Kerja Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jiangxi Academy Of Agriculture Science, China

10 Julai 2026
Kunjungan Kerja
Taman Mini Akuakultur (TMA), Kg. Laya-Laya, Tuaran

Kunjungan Kerja Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jiangxi Academy Of Agriculture Science, China

10 Julai 2026: Kunjungan kerja Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jiangxi Academy Of Agriculture Science, China, yang juga merupakan rakan kolaborasi pihak UMS, ke Taman Mini Akuakultur (TMA) Kg. Laya-Laya, Tuaran. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama serta memberi pendedahan kepada para delegasi mengenai peranan, kemudahan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Ko-Nelayan dalam sektor perikanan dan komuniti nelayan di Sabah.

Kunjungan diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wilson Yong Thau Lym, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), UMS, dan telah diberikan taklimat oleh Encik Vejay Jailon selaku Ketua Unit Pengurusan Sumber Dan Teknologi, Bahagian Pembangunan Industri Perikanan (PIP), Ko-Nelayan.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI

#konelayansabah
#ukkkonelayan
#teammaffi
#berbudikepadatanah
#kebundapur
#Onsoi

Kembali ke Aktiviti 2026